Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan penghinaan Abdul Aziz Al Syaikh, imam solat Jumaat di Riyadh ke atas pengikut mazhab Ahlul Bait (a.s) dan kelancangan khatib Madinah Syaikh Huzaifi terhadap Imam Zaman, Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait mengecam keras ucapan mereka yang dianggap cuba melindungi jenayah Al Saud.Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari berkata, “Tanggapan kami terhadap ucapan tidak berasas Abdul Aziz Al Syaikh dan Syaikh Huzaifi adalah jelas, ianya bertujuan menggelapkan peristiwa dalaman yang terjadi di Arab Saudi”.Merujuk kepada kebencian Syaikh Huzaifi terhadap Ahlul Bait, Akhtari mengatakan, “Huzaifi beberapa kali mengungkapkan ucapan sebelah pihak seperti ini dengan kelancangan bahasanya, beliau sudah beberapa kali bersikap biadap, mencela dan menuduh secara tidak adil terhadap pengikut Ahlul Bait (a.s)”.Beliau menegaskan bahawa para ulama Wahabi Arab Saudi memperalatkan kedudukan agama mereka demi mengambil bahagian dalam membela pemerintah yang membunuh orang tidak berdosa. Kata beliau, “Sudah tentu Huzaifi sendiri telah memberi jawapan kepada dirinya sendiri di dalam ucapannya. Beliau menuduh sebuah negara asing telah masuk campur dalam urusan Arab Saudi; sedangkan jika masuk campur dalam urusan sebuah negara itu adalah tidak sah, terlebih dahulu lebih baik beliau memprotes kerajaan Al Saud yang melakukan jenayah selain menuntut askar mereka keluar dari Bahrain”.“Apa hak mereka menyerang Bahrain dan menjajahnya? Apa sebab dan hasrat mereka menjadikan rakyat Bahrain sebagai musuh mereka? dan mereka juga membunuh lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja dan orang tua? Sekarang sudah berpuluh-puluh rakyat Bahrain dibunuh. Jikalau mencampuri urusan dalaman sesebuah negara tidak dibenarkan - iaitu kita juga tidak membenarkannya - Huzafi dan Al Syaikh hendaklah memulakan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi. Jikalau mereka berani, hendaklah mereka menyerang Al Saud dan bertanya: Mengapakah kamu melancarkan kempen ketenteraan dan menduduki Bahrain?”.“Perumpamaan Huzaifi tidak akan sekali-kali menjadi sebahagian daripada iman kepada Allah. Beliau memperalatkan solat dan minbar demi hawa nafsu dan kegunaan peribadinya. Beliau selalu menyalahgunakan pentas-pentas masjidil haram dan masjid Nabawi”.Merujuk kepada fatwa-fatwa ulama Wahabi yang tidak Islamik, beliau mengatakan, “Mereka mempergunakan kedudukan pemberi fatwa bukan untuk kebenaran dan mengkafirkan umat Islam. Mereka belum cukup dengan hanya mengkafirkan Syiah sahaja”.Anggota Majlis Ilmu Rahbar ini turut mengkritik keangkuhan Huzaifi dalam membicarakan akidah mahdawiyah. Akhtari mengatakan, “Orang ini jahil dan tidak berpelajaran sehingga biadab terhadap Imam Zaman. Masalah kewujudan Imam Zaman sangat jelas bagi mereka yang kurang maklumat dari sumber-sumber agama, Al-Quran dan Hadis. Namun orang seperti beliau tidak bersedia merujuk kepada kitab-kitab sendiri seperti Sahih Sittah, untuk melihat dan memahami riwayat-riwayat tentang Imam Mahdi yang dinantikan. Tokoh-tokoh dan ulama Syiah selalu memaklumkan bahawa kami bersedia berbicara bersama mereka di dalam majlis rasmi dan ilmiyah supaya mereka membawa dalil dan logikal untuk kami dengar. Namun mereka tidak sedia berdebat”.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait turut menyentuh tentang dakwaan-dakwaan ulama bahawa Saudi memberikan kebebasan kepada masyarakat Syiah di negaranya. Beliau mengatakan, “Sekiranya mereka prihatin terhadap rakyat Arab Saudi dan hak-hak Syiah, lebih baik mereka ke kawasan penduduk Syiah seperti wilayah Timur dan melihat dengan mata sendiri secara lebih dekat, di mana Syiah di Arab Saudi dilarang dan diharamkan dari melangsungkan solat berjemaah dan majlis Al-Quran. Apakah mereka tidak melihat samada Huzaifi memberi kebebasan atau menyakiti pengikut Ahlul Bait di Madinah, Makkah, Qatif dan Awwamiyah? Atau kerana mereka jahil dan fanatik untuk memahami apa yang terjadi?”.Akhtari mengatakan kepada Huzaifi dan Al Syaikh, “Mereka mesti memberikan jawapan mengapakah Syiah di Arab Saudi dilarang dari menjawat jawatan dalam kerajaan? Mengapakah mereka dilarang dari memperolehi hak-hak sebagaimana penduduk di kawasan Arab Saudi yang lain? Semua ini terjadi sedangkan lebih 3 juta Syiah, mazhab-mazhab dan berbagai suku tinggal di Arab Saudi”.Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait menerangkan punca-punca pernyataan Al Syaikh dan Huzaifi dengan mengatakan, “Saya dapat merasakan bahawa Huzaifi dan Al Syaikh seperti mana Bin Baz dan para ulama yang lain serta penyokong kezaliman, disebabkan mempunyai rasa benci dan perseteruan dengan Ahlul Bait, mereka menjadi seperti hari ini. Sungguh pun mereka juga mendakwa mencintai Ahlul Bait, namun ungkapan cinta pada Ahlul Bait tidak dapat memperdayakan umat Islam dan mereka tidak menerima kata-kata seperti ini”.Beliau menambah, “Dari sisi lain, semua orang tahu bahawa individu seperi ini adalah boneka. Mereka adalah orang upahan Al Saud dan kerajaan Saudi tidak sering turun ke lapangan politik dan masyarakat. Mereka tidak mampu menghadapi tuntutan-tuntutan hak rakyat, disamping menyerang pemikir bebas dan yayasan-yayasan hak asasi manusia. Ejen mereka ini digerakkan dan mereka diminta berbicara tentang ini”.Selain itu, beliau turut menceritakan tentang berbagai kerosakan di kalangan keluarga Raja Saudi, “Kerosakan dan kekejian mereka serta keluarga mereka di Eropah, dan berbagai tempat yang lain adalah tidak dapat dinafikan. Sekarang jikalau ulama Wahabi jujur berbicara, bincangkanlah tentang mereka yang meminum arak, judi dan bermain anjing. Jikalau mereka ini sedar tentang Islam, sekurang-kurangnya ada sekali dalam setahun mengkritik semua jenayah dan kerosakan Al Saud, termasuk melakukannya di dalam Haramain. Namun individu seperi ini tidak berani susah berbicara untuk menentang kehendak Al Saud. Mereka ini adalah ejen dan tidak mempunyai pilihan lebih dari seorang hamba supaya dapat berkata di depan tuannya”.Berikutan kebangkitan penduduk Syiah di Arab Saudi, ulama Saudi Abdul Aziz Al Syaikh dan Syaikh Ali Al-Huzaifi dalam khutbah Jumaat lalu di kota Riyadh dan Madinah melancarkan serangan sengit terhadap Syiah sambil menyatakan rasa sakit hati terhadap kesedaran dan kebangkitan penduduk serantau yang dikaitkan dengan Iran. Akibatnya mereka ini berlaku biadap terhadap kesucian mazhab Ahlul Bait (a.s).
10 Oktober 2011 - 20:30
News ID: 271069
Setiausaha Agung Majma’ Jahani Ahlul Bait, Hujjatul Islam Akhtari berkata: Penghinaan Imam solat Jumaat Madinah terhadap Syiah dan Imam Zaman bertujuan menggelapkan peristiwa dalaman yang terjadi di Arab Saudi.